Translate

Isnin, Disember 14, 2009

ANAK PERMATA HATI

ALHAMDULILLAH HARI INI 14.12.2009, NURAIEN FAQIHAH TELAH SELAMAT BERCUKUR RAMBUT DAN DIKHATANKAN. ESOK ANAK LELAKIKU KHAIRUL ANAM AKAN DIKHATANKAN.
AMIN. GAMBAR MENYUSUL KEMUDIAN.

Isnin, November 30, 2009

SELAMAT MAJU JAYA

KEPADA PELAJAR SEJARAH STPM 2009
SELAMAT MAJU JAYA DALAM KEPUTUSAN SEJARAH NANTI.
TENGOK SOALAN RASANYA MACAM ANDA SEMUA BOLEH BUAT... TAPI... TUNGGU JE RESULT NANTI.

LEPAS NI BANYAKKAN BERDOA KEPADA ALLAH.

SOALAN SEJARAH KERTAS 2 940/2 2009

1. Huraikan bentuk pemerintahan baru yang diperkenalkan oleh Dinasti Brooke di Sarawak pada abad ke-19.

2. Bincangkan pengaruh Islam dalam kehidupan masyarakat di Tanah Melayu sebelum campur tangan British pada tahun 1874.

3. Bincangkan langkah-langkah yang diambil oleh British untuk meluaskan pengaruhnya di Negeri-negeri Melayu Utara Tanah Melayu dari tahun 1897 hingga 1909.

4. Kemunculan masyarakat majmuk di Tanah Melayu dipengaruhi oleh perkembangan ekonomi perdagangan pada awal abad ke-20. Sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan ini?

5. Bincangkan matlamat dan strategi perjuangan Kaum Muda di Tanah Melayu dari tahun 1906 hingga tahun 1938.

6. Bincangkan dasar ekonomi yang dijalankan di Tanah Melayu dari tahun 1956 hingga tahun 1963.

7. Bincangkan peranan pembesar di Thailand dan Vietnam sebelum peluasan pengaruh Barat.

8. Bincangkan kegiatan pertanian sara diri di India dan Vietnam sebelum campur tangan Barat.

9. Bincangkan faktor yang mendorong meletusnya Perang Inggeris - Burma I (1824-1826) dan Perang Candu I (1839-1842).

10. Sejauh manakah agama dan bahasa memainkan peranan dalam menyatukan bangsa Indonesia dan India pada abad ke -20.

11.

12.

Ahad, November 29, 2009

AQIQAH ANAK


ALHAMDULILLAH, AQIQAH UTK ANAK BARU ; NURAIEN FAQIHAH
TELAH SELAMAT DILAKSANAKAN PADA 28.11.2009 BERSAMAAN 11 ZULHIJJAH 1430 HIJRAH.HARIRAYA HAJI KE 2.
KEPADA ALLAH KAMI BERSERAH DAN BERSYUKUR.

Khamis, November 26, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDUL ADHA

BUAT SEMUA GURU DAN PELAJAR ISLAM
SMK LENGA, MUAR DAN SELURUH UMAT ISLAM DIUCAPKAN

SELAMAT HARI RAYA AIDUL ADHA

Selasa, November 24, 2009

SEJARAH 1 940/1 STPM

MAKAAAA..............
BERMULALAH...........
EPISOD PAPER SEJARAH 1 HARI INI
USAHAKAN YANG TERBAIK..

Sabtu, November 21, 2009

BUAT PELAJAR SEJARAH STPM 2009

Salam...
cikgu ambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menghadapi STPM
maaf saat-saat akhir cikgu tak dapat buat kelas kerana bercuti apabila
isteri melahirkan anak.
walau bagaimanapun cikgu sentiasa mendoakan dalam solat untuk
kejayaan anda semua..
Aminnn

Khamis, November 19, 2009

ANUGERAH ALLAH





17.11.2009 bersamaan 29 Zulkaedah 1430H, hari Selasa, Jam 4.15 petang,
anakku yang ke enam selamat lahir ke dunia oleh ibunya melalui pembedahan.
Syukur pada Allah yang mengkabulkan doa hambaNya untuk mendapat cahaya mata
selepas kehilangan anak lelaki ke 5 yang meninggal dunia pada 24.6.2008 yang lalu.
ALHAMDULILLAH KEPADAMU KUPANJATKAN BERRIBU SESYUKURAN.

Isnin, November 16, 2009

PERSIAPAN AKHIR

18 November 2009 - Rabu - 2009
masa berlalu begitu pantas
meninggalkan insan yang sedar atau pun lena
peperiksaan SPM DAN STPM makin dekat
bersedialah anak-anak muridku
buktikan bahawa ANDAlah paling hebat
teruskan PERJUANGANNNNNNNNNN.

Selasa, November 03, 2009

Isnin, November 02, 2009

SOALAN PERCUBAAN KERTAS 2 NEGERI-NEGERI 2009

SOALAN-SOALAN PERCUBAAN KERTAS 2 TEMA 1 DAN 2
NEGERI-NEGERI MALAYSIA 2009
Arahan : Cuba jawab semua soalan dengan menggunakan isi-isi penting, peta minda, carta atau apa sahaja yang membolehkan anda ingat isi dan fakta.


Sabah
1 Bincangkan sistem ekonomi masyarakat Melayu sebelum campur tangan British .

2 Huraikan aktiviti peluasan kuasa British di negeri-negeri Melayu Utara antara tahun 1897-1909.

3 Jelaskan faktor-faktor yang membawa kepada pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu.

4 Agama Islam telah mempengaruhi kehidupan masyarakat Melayu di Malaysia sebelum campurtangan British. Bincangkan


Pahang
5 Sejauhmanakah perasaan tidak puas hati pembesar menyebabkan berlaku penentangan di Perak dan Pahang pada abad ke 19

6 Bincangkan peranan golongan pemerintah dalam institusi pemerintahan di negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan British

Kelantan

7 Huraikan tindak balas masyarakat Melayu terhadap pentadiran British di Perak dan Pahang pada akhir abad ke-19

8 Jelaskan tahap-tahap perluasan kuasa British di Negeri-negeri Melayu Utara antara tahun 1897 hingga 1909

9 Bincangkan pengaruh Islam dalam masyarakat kehidupan Melayu sebelum campur tangan British.



Perlis
10 Huraikan peluasan kuasa British di Negeri-Negeri Melayu Utara antara tahun 1826 hingga tahun 1909.

11 Bincangkan sistem politik Melayu sebelum campur tangan British.


Kedah
12 Huraikan pengaruh agama lslam terhadap masyarakat Melayu tradisional di Tanah Melayu sebelum kedatangan Barat. (25 markah)


SEJARAH ASIA TENGGARA / ASIA SELATAN


Sabah
1 Bincangkan struktur dan peranan pembesar semasa pemerintahan Kesyogunan Tokugawa di Jepun dan pemerintahan Dinasti Manchu di China pada abad ke-19.

2 Huraikan syarat-syarat serta kesan-kesan Perjanjian Yandabo 1826 di Burma dan Perjanjian Nangking 1842 di China.

3 Jelaskan peranan institusi pembesar di Myanmar (Burma) dan Thailand (Siam) pada awal abad ke 19


Pahang
4 Bincangkan dasar tutup pintu yang dijalankan oleh China dan Jepun pada awal abad ke 19

5 Bincangkan hieraki dan peranan pembesar di Siam dan Myanmar sebelum kedatangan kuasa-kuasa barat

Kelantan

6 Bincangkan sistem kepercayaan dan agama masyarakat tempatan di Cina dan Jepun sebelum kedatangan kuasa-kuasa barat

7 Bincangkan hukum adat yang diamalkan oleh masyarakat di China dan di India sebelum kedatangan Barat.



Perlis
8 Bandingkan kesan-kesan Perjanjian Nanking 1842 di China dan Perjanjian
Kanagawa 1854 di Jepun.

9 Huraikan adat yang diamalkan oleh masyarakat tempatan di lnfi dan Myanmar sebelum kedatangan Barat. (25 markah)



Kedah
10 Bincangkan dasartutup pintu yang diamalkan diChina dan Jepun sehingga perterigahan abad ke-19. (25 markah)

Bandingkan kesan-kesan Perjanjian Yandabo (1826) dan Perjanjian Nanking (1842). (25 markah)

BERSEDIA UNTUK BERTEMPUR

Hari ini 2/11/2009 bererti ada 16 hari lagi untuk pelajar Sejarah SPM saya yang akan menghadapi peperiksaan SPM. begitu juga pelajar sejarah T6 Atas.
Buatlah persiapan rapi. Gunakan modul-modul yang telah dipelajari untuk anda bersedia untuk "bertempur".

Cikgu doakan anda semua berjaya dengan cemerlang A untuk paper Sejarah. Cikgu halalkan segala ilmu yang sedikit yang cikgu ajar. Buat yang terbaik.

Sabtu, Oktober 31, 2009

KURSUS PENGURUSAN T6




HARI INI SAYA KE MITC HOTEL MELAKA UNTUK MENGHADIRI KURSUS PENGURUSAN GPK T6 DAN GURU KOKURIKULUM T6 SELAMA 2 HARI 30 - 31 OKTOBER 2009

Ahad, Oktober 25, 2009

soalan-soalan percubaan Sejarah kertas 1 tema 1 dan tema 2 2009

SOALAN-SOALAN PERCUBAAN KERTAS 1 TEMA 1 DAN 2

NEGERI-NEGERI MALAYSIA 2009

Arahan : Cuba jawab semua soalan dengan menggunakan isi-isi penting, peta minda, carta atau apa sahaja yang membolehkan anda ingat isi dan fakta.

Tamadun Dunia

Bil

Soalan

Negeri

1

Huraikan ciri-ciri masyarakat bertamadun berdasarkan contoh-contoh daripada tamadun-tamadun awal manusia [25 M]

Sabah

2

Bincangkan pentadbiran pusat dan wilayah dalam tamadun Mesir [25 M]

3

Peningkatan dalam ilmu pengetahuan merupakan faktor terpenting yang telah mendorong penjelajahan dan penerokaan bangsa Eropah.

Bincangkan [25 M]

4

Huraikan perubahan – perubahan peradaban masyarakat Prasejarah ekoran berlakunya Revolusi Pertanian.

Terengganu

5

Merujuk kepada negara – negara kota di Alam Melayu, bincangkan faktor – faktor kemunculan dan perkembangannya.

6

Dengan merujuk kepada contoh-contoh khusus, bandingkan ciri-ciri masyarakat zaman Paleolitik dan Neolitik.

Pahang

7

Huraikan tentang agama dan kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat

Tamadun Mohenjo-Daro dan Harappa ( Lembah Indus ).

8

Huraikan faktor-faktor perubahan yang mendorong kepada kemunculan Negara Bangsa di Eropah.

9

Bincangkan peranan masyarakat Neolitik kepada kemunculan tamadun manusia.

Perak

10

Bincangkan langkah-langkah pengukuhan empayar Rom oleh Augustus Caesar.

11

Bincangkan kesan penjelajahan dan penerokaan orang Eropah sehingga abad ke-16 Masihi.

12

Bincangkan sumbangan masyarakat Neolitikepada pembentukan tamadun manusia.

Kedah

13

Sejauhmanakah kesedaran kebangsaan mendorong kepada kemunculan Negara Bangsa di

Eropah.

14

Huraikan tujuh faktor yang membawa kepada kemunculan tamadun manusia.

Melaka

15

Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai daripada tamadun manusia, huraikan ciri-ciri utama sistem pemerintahan empayar.

Tamadun Islam

Bil

Soalan

Negeri

1

Kehidupan masyarakat Arab Jahiliyah dan kehidupan sesudah kedatangan Islam mempunyai perbezaan yang ketara. Bincangkan. [25 M]

Sabah

2

Huraikan golongan masyarakat yang terdapat di Makkah dan Madinah sebelum kedatangan Islam. [25 M]

3

Huraikan usaha-usaha Nabi Muhammad s.a.w dalam pembentukan masyarakat Islam di Makkah dan Madinah.

4

Nilaikan kejahilan masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam. [25 M ]

Terengganu

5

Buktikan kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin negara Islam di Madinah. [25 M ]

6

Jelaskan maksud Jahiliah serta huraikan tentang bentuk-bentuk agama dan kepercayaan masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam.

Pahang

7

Jelaskan faktor-faktor serta cara penentangan Quraisy Mekkah terhadap dakwah Nabi Muhammad S.A.W dan huraikan cara baginda menghadapi penentangan itu.

8

Nyatakan faktor-faktor dan kesan-kesan penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W. dari Makkah ke Madinah.

9

Jelaskan peranan golongan Ansar dan Muhajirin dalam perkembangan Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.

Perak

10

Bincangkan sumbangan Khalifah Umar bin Abdul Aziz dalam memperkukuhkan sistem pemerintahan Islam.

11

Huraikan langkah-langkah yang diambil oleh Nabi Muhammad s.a.w dalam mempertahankan negara Islam Madinah.

13

Jelaskan sebab-sebab penentangan terhadap dakwah Rasulullah S.A.W sewaklu berada di Kota Mekah dan nyatakan langkah-langkah yang diambiloleh baginda bagimengatasinya.

Kedah

14

Piagam Madinah merupakan piagam bertulis yang pertama di dunia. Berikan huraian berhubung dengan kandungan dan kepentingan piagam tersebut.

15

Huraikan latar belakang masyarakat Mekah dan Kota Madinah (Yatrib) sebelum kedatangan Islam.

Melaka

16

Huraikan bagaimana Nabi Muhammad s.a.w. menyelesaikan masalah Ummah di Madinah setelah baginda berhijrah ke kota tersebut.

Khamis, Oktober 22, 2009

UBI BERSAIZ BESAR

saiz ubi biasa dan ubi besar

ubi yang dah dipotong dua


Petang tadi masa menggali ubi kayu di belakang rumah, terkejut saya apabila ubi yang dicabut
bersaiz amat besar, panjang kira-kira 1 kaki setengah, berat hampir 5 kg, ukurlilit kira-kira 10 inci (agak-agak aje, tali ukur tak ada), bandingkan dengan ubi biasa yang dah dikopek kulitnya.
lihatlah...kuasa Allah.

Selasa, Oktober 20, 2009

16 September Hari Malaysia cuti umum

TAHNIAH KEPADA KERAJAAN MALAYSIA
ATAS PENGISYTIHARAN 16 SEPTEMBER SETIAP TAHUN
SEBAGAI MENGINGATI PERISTIWA BERSEJARAH ;
PENUBUHAN PERSEKUTUAN MALAYSIA 1963

Moga usaha-usaha yang dirintis oleh Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj bersama-sama pemimpin yang berwawasan diredai oleh Allah.
Sungguh banyak jasa Almarhum Tunku. Idea beliau untuk menggabungkan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Singapura (sebelum dikeluarkan pada 1965) dan Brunei (akhirnya tidak mahu menyertai Malaysia) telah melahirkan sebuah negara Persekutuan yang begitu terkenal hingga ke hari ini.

Genarasi hari ini wajar dan WAJIB belajar SEJARAH...

ALFATIHAH BUAT ALMARHUM TUNKU

Renungan Buat Pelajar T 6 Atas 2009

Kepada pelajar Sejarah saya ;
Anip, Afif, Hasnol, Faizol, Faizal, Shafiee, Boboy,
Afiqah, Akila, Fatin, Farhana, Darina, Farahin, Hasriha, Nisak, Suzana

Renungkan kata-kata cikgu ini;

1. Perjalanan anda 1000 langkah di Tingkatan 6 Rendah dan Atas selama 1 1/2 tahun kini tinggal beberapa langkah sahaja untuk menempuh peperangan STPM.

2. Masa yang begitu singkat untuk kita bersama-sama mengharungi medan pertempuran ilmu.

3. Anda semua telah membuat PILIHAN untuk mengharungi medan ini, maka buktikan bahawa PILHAN anda itu TEPAT DAN BERANI. Maka inilah saatnya anda semua membuktikan kepada diri bahawa anda semua BOLEH melakukan yang terbaik untuk diri anda.

4. Dalam tempoh masa lebih kurang sebulan ini, gunakan segala kudrat dan ilmu yang dipelajari untuk melakukan yang TERBAIK DAN PALING TERBAIK.

5. Anda semua adalah pelajar yang cemerlang kerana telah berjaya hingga ke tahap ini. Anda semua berjaya mengenepikan ajakan-ajakan, pujukkan dan bisikan rakan-rakan untuk tidak memasuki medan pra- u ini.

6. Ayuhhh bangun, bangkitlah anda semua dari tidur lena, leka alpa, mudah menyerah kalah, mudah putus asa, tidak bersemangat dan lain-lain sifat negatif.

7. Andalah sebenarnya yang berhak menentukan kejayaan hasil daripada usaha anda. Andalah yang menentukan jatuh bangunnya masa hadapan anda dengan restu Allah.

8. Ciptalah SEJARAH kejayaan anda yang akan dikenang sepanjang zaman. Cipta REKOD KEJAYAAN untuk anda abadikan dalam pahatan sejarah hidup anda.

9. Ayuh....BANGKIT, BANGUN, SEDARLAH.............CIPTA SEJARAH .....

10. Cikgu sentiasa mendoakan kegemilangan anda..

Isnin, Oktober 19, 2009

GURU-GURU SMK LENGA 2009

Duduk dari kiri ; En.Misbi(GK T&V), Tn. Hj. Saidan (GK S.Sosial), En. A. Rahman (GPK Koko), Pn. Siti Haidah (GPK), Tn. Hj. Abu Bakar (Pengetua), Pn. M.Azlin(GPK Hem), En.Yusoff (GK S.Math), Pn. Junaidah (GK Bahasa), Hj. Kamarazaman (Guru Akademik T6 DG48)

Pengetua dan Guru-guru SMK Lenga, Muar 2009

INGATAN UNTUK PELAJAR SEJARAH

PEPERIKSAAN SPM 2009

AMBILLL PERHATIANNN

SEJARAH 1 ; OBJEKTIF

HARI ; RABU (18 NOVEMBER 2009)
MASA : 11.00 HINGGA 12.00 TENGAHARI


SEJARAH 2 : STRUKTUR DAN ESEI

HARI : KHAMIS (19 NOVEMBER 2009)
MASA : 2.00 HINGGA 4. 30 PETANG


MASA ITU EMAS
MASA ITU UMPAMA PEDANG YANG TAJAM
MASA OHH MASA
TIDAK MENUNGGU SESIAPA
BERLALU DAN TERUS BERLALU
SEMALAM YANG TELAH BERLALU
ESOK YANG BELUM PASTI
MAKA HARI INI DAN SEKARANG
UNTUK KITA BERTINDAK...

Persediaan Menghadapi peperiksaan

Buat renungan semua pelajar,
di saat-saat akhir peperiksaan menjelang,
gunakan masa yang ada dengan membuat perancangan yang betul dan tepat.
Antara tips yang boleh cikgu berikan :

1. Kaji Jadual Peperiksaan sebenar SPM dan STPM 2009
2. Buat perancangan dengan memberikan tumpuan kepada subjek peperiksaan awal.
Contoh ;
SPM : bermula pada 18 November 2009 - Bahasa Melayu 1
- Sejarah 1
- Bahasa Melayu 2

19 November 2009 - Bahasa Inggeris 1
- Bahasa Inggeris 2
- Sejarah 2

3. Minggu Pertama peperiksaan SPM, pelajar wajib memberikan tumpuan kepada subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah.

4. Rujuk semula nota-nota yang telah cikgu berikan. Bagi matapelajaran Sejarah, rujuk semua nota Tudingan SPM 2009, Modul JPNJ 2009

Cikgu yakin belajar di saat-saat akhir sangat penting dengan memfokus kepada teknik menjawab soalan, teknik memahami kehendak soalan dan teknik mengingati nota.

Good Luck

Isnin, Oktober 12, 2009

PEPERIKSAAN MAKIN HAMPIR

BUAT ANAK-ANAK MURID
EXAM SPM DAN STPM MAKIN HAMPIR

SINGKAT TAPI SEMPAT
JIKA RAJIN DAN SELALU BERINGAT
MASA BERLALU BEGITU LIGAT
JANGAN LUPA SENTIASA BERSOLAT
PADA TUHAN POHONKAN HAJAT
IKUT JADUAL NOTA DICATAT
SELANGKAH LAGI CITA-CITA DIANGKAT

Jumaat, Oktober 02, 2009

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PMR

KEPADA SEMUA PELAJAR TINGKATAN 3 SMK LENGA, MUAR
CIKGU MENDOAKAN KEJAYAAN ANDA SEMUA DI DALAM PEPERIKSAAN PMR
YANG AKAN BEMULA PADA MINGGU HADAPAN.

BUAT DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH.
BERDOA SELALU.
MOHON AMPUN DARI IBU BAPA, GURU-GURU.

SELAMAT MAJU JAYA

Isnin, September 28, 2009

Sekolah bermula

Hari ini saya mula masuk ke kelas 5 pintar untuk mengajar sejarah. Saya dapati ramai pelajar
masih lagi dibelenggu sindrom cuti raya. Belum ada fokus lagi walau pun exam makin hampir.
Belum ada kesedaran. Modul yang diberi pada pada waktu cuti pun ada yang siap, ada yang separuh siap dan yang belum siap pun ada.

Sebagai guru, sya hanya boleh memberi nasihat dan memberi nasihat dan motivasi.

Ahad, September 27, 2009

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

KEPADA SEMUA RAKAN GURU DAN PELAJAR

SELAMAT KAMBALI KE SEKOLAH DENGAN SEMANGAT RAMADAN DAN AIDIL FITRI YANG BARU.
BAGI PELAJAR PMR SPM DAN STPM
JANGAN LUPA PEPERIKSAAN SEMAKIN HAMPIR

CIKGU AGAK KECEWA DENGAN RESULT SEJARAH PERCUBAAN SPM DAN STPM
YANG AGAK MEMBIMBANGKAN.
BERDASARKAN PEMERIKSAAN KERTAS ANDA, CIKGU DAPATI ANDA MEMANG KURANG BERSEDIA NAK AMBIL PEPERIKSAAN, MENJAWAB SAMBIL LEWA, TIADA KESUNGGUHAN DAN PALING TERUK MEMANG ANDA TIDAK MEMBACA DENGAN SUNGGUH-SUNGGUH.

AMBIL INGATAN:
MASA DEPAN DI TANGAN ANDA SENDIRI

Rabu, September 23, 2009

Dedikasi untuk almarhum bapaku Haji Selamat bin Sibon
Lahir 1909
Meninggal dunia pada 22hb Mac 1987, hari Ahad 21 Rejab 1407.
anak-anak abah ;
1. Hjh Nong binti Selamat
2. Satimah binti Selamat
3. Sauyah binti Selamat
4. Hj. Othman bin Selamat
5. Hamzah bin Selamat
6. Hj. Mohd. Jamilah bin Selamat
7. Latifah binti Selamat
8. Abdul Mutalib bin Selamat
9. Sai'ah binti Selamat
10. Aesah binti Selamat
11. Diwi Abihah binti Selamat
12. Hasmah binti Selamat
13. Abdul Rahman bin Selamat
14. Rahim bin Selamat
15. Raub bin Selamat

Gambar Ibu

Allahyarhamah Ibu Hajah Lamah binti Lahak

Kenangan untuk Almarhum ibuku Hajah Lamah binti Lahak
lahir tahun 1934
meninggal 16 Mac 1995
14 Syawal 1415 hari bererti 5035hari atau 14 tahun 6 bulan dan 10 hari dari hari ini
ibu meninggalkan kami.
Insya Allah kami anak-anak akan sentiasa mendoakan kerahmatan dan keampunan
untukmu ibu.

Beraya di Kuala Lumpur



Bangunan pentadbiran Putrajaya

ruang solat Masjid baru Putrajaya


Tahun sejarah kepada saya kerana pertama kali beraya di bandar Kuala Lumpur dari hari raya kedua.
Ketika orang lain balik ke kampung, saya ke bandar KL di rumah adik.
Saya tinggal di kampung jadi sesekali bawa anak-anak beraya di KL.

Selasa, September 22, 2009

Sambutan raya

Salam 1Malaysia.

SELAMAT HARI RAYA
SENTIASA BERBUAT BAIK DAN TERUSKAN KEBAIKAN YANG TELAH KITA
LAKUKAN DI SEPANJANG BULAN RAMADAN.
RAMADAN ADALAH MADRASAH TERBAIK UNTUK
MENDIDIK DIRI KITA.

AMIN YA RABBAL ALAMIN

Rabu, September 16, 2009

KENANGAN ABADI



HARI INI 26 RAMADAN 1430 HIJRAH BERERTI GENAPLAH DUA TAHUN KELAHIRAN ANAK KESAYANGAN KHAIRUL AMRI. LAHIR PADA 26 RAMADAN 1428H bersamaan 10 Oktober 2007 hari Isnin. Namun Allah lebih menyayanginya apabila mengambil kembali anak kesayangan kami kembali kerahmatullah pada 24.6.2008, hari Selasa bersamaan 20 Jamadil Akhir 1429H.
Allah Maha Besar untuk menguji kesabaran hamba-hambaNya.

Ya Allah sesungguhnya hambaMu ini reda dengan ketentuan qada dan qadarmu.

RUMAHKU SYURGAKU


KEPADA RAKAN-RAKAN
SUDIKANKAN LAH HADIR KE RUMAH SAYA
DI HARI LEBARAN YANG MULIA. MOGA ERATKAN LAGI SILATURRAHIM SESAMA KITA.

LOT 12180 KS 5, KG. SAWAH PAYA REDAN
84600 PAGOH, MUAR, JOHOR.

5 KM DARI TOL PAGOH

SELAMAT HARI RAYA


SAYA DAN KELUARGA MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
MOGA KITA AKAN KETEMU RAMADAN TAHUN AKAN DATANG
DAN SELESAIKAN DAHULU RAMADAN YANG PENUH KEBERKATAN

Ahad, September 06, 2009

TAZKIRAH RAMADAN

Malam ini 17 Ramadan berlaku peristiwa bersejarah iaitu Nuzul Al-Quran; malam turunnya Ayat Al-Quran yang pertama kepada junungan Besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Bersama-samalah kita mengambil iktibar.

Renungan: Antara saat-saat terkabulnya doa; (Petikan dari Bey Ariffin:Doa Rasulullah)
1. Pada malam Lailatul-Qadr
2. Ketika wukuf di Arafah
3. Di bulan puasa
4. Di hari Jumaat
5. di malam Jumaat
6. di waktu Solat Jumaat
7. di kala mendengar azan Solat
8. di antara waktu azan dan iqamat
9. di saat perang berkobar
10. sesudah solat fardu
11. di waktu sujud
12. selesai membaca atau khatam Al-Quran
13. di waktu minum air zam zam
14. di dalam pengajian ilmu atau ceramah ilmiah

Yang terkabul doanya (Insya Allah)
1. orang yang memerlukan dan terdesak
2. orang yang teraniya
3. orang tua terhadap anaknya
4. pemimpin adil
5. orang yang berguna dan berjasa
6. anak yang soleh terhadap kedua ibu bapanya
7. orang yang selama berpuasa sehingga berbuka
8. orang Muslim untuk sesamanya
9. orang Muslim yang tidak menganjurkan kejahatan atau memutuskan hubungan antara kerabat
10. orang yang bertaubat

Renung-renungkan dan amalkan

Rabu, September 02, 2009

TAZKIRAH RAMADAN

IHSAN DARI GROUP LEPAK

TQ.....UNTUK RENUNGAN BERSAMA

Firman Allah ( Ayat Al-Baqarah ayat 183 dan 185 )

” Wahai orang-orang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana yang diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa..”

Sabda Rasulullah saw:

Jikalau umatku menyedari apa itu sebenarnya bulan Ramadhan sudah pasti mereka mengharapkan bahawa seluruh tahun itu sepatutnya menjadi bulan Ramadhan.

Antara hadis-hadis mengenai kelebihan Ramadhan:

1.Setiap amalan Fardhu akan digandakan pahala sebanyak 70 X.

2.Setiap amalan Sunat diberi pahala seperti amalan fardhu.

3.Ramadhan adalah bulan kesabaran.

4.Ramadhan adalah bulan simpati.

5.Ramadhan adalah bulan rezeki orang beriman ditambahi.

6.Barangsiapa memberi makan orang yang berpuasa untuk berbuka, samada sebiji
tamar, seteguk air atau sesisip susu, sipemberi akan dapat:
>>Pahala orang yang berbuka tanpa mengurangi pahala orang yang puasa.
>>Diampuni dosa-dosanya.
>>Dibebaskan dari api neraka jahannam.

7.Permulaan Ramadhan membawa keRahiman Allah.

8.Pertengahan Ramadhan memperolehi keampunan Allah.

9.Akhir Ramadhan mendapat kebebasan dari api neraka.

10.Allah memerintah seorang penyeru dari langit menyeru 3 kali setiap malam
Ramadhan:
>>Adakah sesiapa memohon kepadaKu supaya aku menunaikan hajatnya?
>>Adakah sesiapa yang bertaubat kepadaKu supaya Aku memperkenankan
taubatnya?
>>Adakah sesiapa yang boleh memberikan pinjaman kepada Dia; yang kekayaanNya
tidak pernah berkurang dan Dia; yang memenuhkannya tanpa pengurangan yang
tidak adil.

11.Barangsiapa meringankan beban saudaranya dalam bulan ini, Allah akan:
>>Mengampuni dosa-dosanya
>>Membebaskannya dari azab neraka

12.Banyakan membaca 4 perkara:
>>Lailahailallah
>>Istighfar ( Astaghfirullah hal ‘ Azim)
>>Minta masuk syurga ( Allahumma Ad khinil Jannah)
>>Minta jauh dari neraka ( Allahumma Ajirni Minannar)

13.Barangsiapa memberi seorang yang berpuasa akan air sebagai minuman, Allah akan:
>>Membenarkannya minum air telaga kauthar diakhirat nanti.Sesiapa yang
meminum air telaga kauthar dia tidak akan dahaga buat selama-lamanya.

14.Dalam bulan Ramadhan, bulan Rahmat di mana:
>>Allah berpaling kepada kamu
>>Allah menurunkan rahmat ke atasmu
>>Allah mengampuni kesalahan kamu
>>Allah memperkenankan doa-doa kamu
>>Allah melihat perlumbaan kamu dalam beramal
>>Allah berbangga-bangga mengenai kamu.

15.Sesungguhnya Allah dan malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang
memakan sahur.

16.Perbezaan antara puasa kita dan puasa orang Yahudi dan Nasara ialah makan
sahur.Yakni mereka tidak bersahur.

17.Bersahurlah dan kuatkan puasamu. Janganlah tinggalkannya. Walaupun tidak ada
makanan, maka sebiji tamar atau seteguk air hendaklah dimakan/minum.

18.Barangsiapa meninggalkan sehari puasa dalam bulan Ramadhan tidak dapat
membayarnya walaupun berpuasa seumur hidup.

19.Enam perkara hendaklah dijaga semasa berpuasa:
>>Jaga pandangan mata yakni jangan melihat maksiat.
>>Pelihara lidah dari berbohong, mengumpat, menghina dll.
>>Elakkan telinga dari mendengar yang makruh.apalagi mendengar orang
mengumpat.
>>Anggota-anggota lain jauhkan dari maksiat.
>>berbuka puasa dengan kadar yg patut.
>>Harap puasa diterima kerana keRahiman Allah.

20.Solat Terawikh adalah sunnah Rasulullah saw. Setiap sujud solat terawikh akan terbina sebuah mahligai disyurga.

JANGAN DELETE HADIS DARI NABI MUHAMMAD (S.A.W) tanpa membacanya terlebih dahulu

NOSTALGIA SEK KEB RENCHONG



Inilah sekolah di mana saya mula menimba ilmu
SekolahKebangsaan Renchong, Lenga, Muar
Terima kasih kepada guru-guru yang mendidik saya seperti
Cikgu Md. Tahir bin Md. Yatim (Cikgu Atan), Cikgu Jamaluddin Baharom, Cikgu Kartinam,
Arwah Cikgu Ismail dan lain-lain. Jasa kalian akan dikenang sehingga ke akhir hayat.

Mesyuarat Pengurusan Sekolah Kali pertama dgn GPK Baru Pn. Siti Haidah



Selamat Datang ke SMK Lenga, Muar
Pn. Siti Haidah binti Thamby, GPK baru yang menggantikan Tn. Hj. Kamarazaman.
Moga dapat membina pasukan pentadbiran yang memacu kecemerlangan.

Gambar-gambar Perayaan Kemerdekaan Peringkat Daerah Muar 2009



masa berbaris

Isnin, Ogos 31, 2009

Perbarisan Hari Kemerdekaan Kali ke 52

Salam satu Malaysia
pagi tadi jam 6.30 pagi saya dengan penuh semangat ke Stadium Muar
kerana menyertai Perbarisan Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Daerah muar.
saya mewakili Tuan pengetua bagi kontigen Pejabat Pelajaran Daerah Muar.
Majlis nampak meriah juga, namun majoriti yang hadir tidak memakai penutup hidung seperti yang disarankan termasuk VVIP.
Majlis agak ringkas tetapi padat. Cuma lagu tema tahun ini "1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" tidak dinyanyikan. Nampaknya lagu "Jalur Gemilang" yang tetap popular. saya rasa ia boleh jadi lagu "evergreen" setiap kali menyambut Hari Kemerdekaan.

Namun jangan lupa tarikh 16 September setiap tahun juga penting kerana pada tarikh itu wujudkah sebuah persekutuan baru yang dikenali MALAYSIA. .. rujuk sejarah

MERDEKA....! MERDEKA !

Ahad, Ogos 30, 2009

Selamat Menyambut Hari Merdeka

Malam ni tepat jam 12.00, genaplah 52 tahun negara merdeka. Ironinya ia berlaku di dalam bulan penuh keberkatan, bulan Ramadan. Sewajarnya generasi kini merenung kembali sejarah silam melihat, mengkaji, menilai asas-asas ke arah negara mencapai kemerdekaan.
Namun kadang-kadang sedih juga apabila melihat anak-anak murid [generasi masa depan] sangat tidak berminat mempelajari sejarah. Alasan mereka Sejarah tidak komersial, tak boleh buat duit, susah, susahh, susahhhh dan macam-macam lagi alasan. Lagi bertambah sedih hampir 30% pelajar tidak menjawab soalan esei dan struktur bagi Kertas 2 Sejarah SPM sama ada Ujian Bulanan, Penilaian Kurikulum atau Peperiksaan Pertengahan tahun. Alasan mereka mudah.....tak minat, tak keluar apa yang dibaca, malah kalau saya bagi klu soalan yang keluar pun, mereka tak boleh jawab
dengan tepat.
Bagi pelajar PRA U pula, jawapan mereka banyak kepada "teori-teori baru" yang mereka cipta sendiri.
cubalah fikir-fikirkan...

Jumaat, Ogos 28, 2009

Hayati Kemerdekaan

Ulangtahun kemerdekaan negara makin hampir
namun semangat mengibar Jalur Gemilang macam tak terasa
mungkin ramai yang menunggu bendera percuma
atau memang buat tak kisah dan tak ambil peduli
malang sekali... generasi kini tak sedar kemerdekaan yang dikecapi sekarang
adalah hasil perjuangan tokoh-tokoh terdahulu.
adakah semangat jati diri mulai luntur..
fikirkan..

Khamis, Ogos 27, 2009

Islamic Calendar

Keluarga Saya


anak-anak [Khairul Anam, Nur Fatin Nadhirah, Nur Raihan Sofiyah, Nur Fatin Nabilah
dan my wife Nor Lina]
Keluarga saya semasa lawatan sambil belajar di Medan, Sumatera pada
30.1.2009

pengasas sekolah


SMK Lenga, Muar ditubuhkan pada tahun 1970,
diasaskan oleh Allahyarham Haji Hamid bin Kiyai Hj. Fadhil.
Asalnya menumpang di Sek. Ren Inggeris Lenga
(akan dikemaskinikan) sebelum dipindahkan ke
Felda Batu 27, Lenga, Muar.

Biodota

nama: rahman bin selamat
lahir : 2 januari 1968 / 1 syawal 1387, hari selasa
keluarga ; anak ke 12 dari 14 beradik, anak kembar
pendidikan :
sek. keb. renchong, lenga [1975 - 1980]
sek. men. sultan alauddin riayat shah 1, pagoh [1981 -1985]
sek. men. tun perak, muar [1986 -1987]
universiti sains malaysia, penang [1988-1992]

la ni,
mengajar di smk lenga, muar dari mula posting pada 18.7.1992
jawatan sekarang gpk kokurikulum
mengajar sejarah ting 5 pintar, 5 bijak ,
kertas 1 stpm pra universiti atas dan rendah.
kertas 2 stpm pra u atas.

dah nikah, seorang isteri, anak 5 orang, seorang telah dijemput Allah pada usia 8 bulan.
nanti aku cerita peristiwa sedih ni dalam catatan lain.


sekadar catatan sejarah hidup.

Belajar Buat Blog

assalammualaikum...
hari ini 6 Ramadan 1430, aku baru tau cara nak buat blog.
dah lama nak buat, tapi hari ni Allah bagi idea pada aku.
selamat berpuasa.

aku guna nama blog celiksejarah kerana aku amat meminati Sejarah hingga rasa
tanpa sejarah tak syok hidup.
kerana sejarah membolehkan aku mengenal diri, keluarga, Allah dan segala-galanya

selamat berkenalan di blog

rahmanselamat