Translate

Sabtu, Oktober 31, 2009

KURSUS PENGURUSAN T6




HARI INI SAYA KE MITC HOTEL MELAKA UNTUK MENGHADIRI KURSUS PENGURUSAN GPK T6 DAN GURU KOKURIKULUM T6 SELAMA 2 HARI 30 - 31 OKTOBER 2009

Ahad, Oktober 25, 2009

soalan-soalan percubaan Sejarah kertas 1 tema 1 dan tema 2 2009

SOALAN-SOALAN PERCUBAAN KERTAS 1 TEMA 1 DAN 2

NEGERI-NEGERI MALAYSIA 2009

Arahan : Cuba jawab semua soalan dengan menggunakan isi-isi penting, peta minda, carta atau apa sahaja yang membolehkan anda ingat isi dan fakta.

Tamadun Dunia

Bil

Soalan

Negeri

1

Huraikan ciri-ciri masyarakat bertamadun berdasarkan contoh-contoh daripada tamadun-tamadun awal manusia [25 M]

Sabah

2

Bincangkan pentadbiran pusat dan wilayah dalam tamadun Mesir [25 M]

3

Peningkatan dalam ilmu pengetahuan merupakan faktor terpenting yang telah mendorong penjelajahan dan penerokaan bangsa Eropah.

Bincangkan [25 M]

4

Huraikan perubahan – perubahan peradaban masyarakat Prasejarah ekoran berlakunya Revolusi Pertanian.

Terengganu

5

Merujuk kepada negara – negara kota di Alam Melayu, bincangkan faktor – faktor kemunculan dan perkembangannya.

6

Dengan merujuk kepada contoh-contoh khusus, bandingkan ciri-ciri masyarakat zaman Paleolitik dan Neolitik.

Pahang

7

Huraikan tentang agama dan kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat

Tamadun Mohenjo-Daro dan Harappa ( Lembah Indus ).

8

Huraikan faktor-faktor perubahan yang mendorong kepada kemunculan Negara Bangsa di Eropah.

9

Bincangkan peranan masyarakat Neolitik kepada kemunculan tamadun manusia.

Perak

10

Bincangkan langkah-langkah pengukuhan empayar Rom oleh Augustus Caesar.

11

Bincangkan kesan penjelajahan dan penerokaan orang Eropah sehingga abad ke-16 Masihi.

12

Bincangkan sumbangan masyarakat Neolitikepada pembentukan tamadun manusia.

Kedah

13

Sejauhmanakah kesedaran kebangsaan mendorong kepada kemunculan Negara Bangsa di

Eropah.

14

Huraikan tujuh faktor yang membawa kepada kemunculan tamadun manusia.

Melaka

15

Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai daripada tamadun manusia, huraikan ciri-ciri utama sistem pemerintahan empayar.

Tamadun Islam

Bil

Soalan

Negeri

1

Kehidupan masyarakat Arab Jahiliyah dan kehidupan sesudah kedatangan Islam mempunyai perbezaan yang ketara. Bincangkan. [25 M]

Sabah

2

Huraikan golongan masyarakat yang terdapat di Makkah dan Madinah sebelum kedatangan Islam. [25 M]

3

Huraikan usaha-usaha Nabi Muhammad s.a.w dalam pembentukan masyarakat Islam di Makkah dan Madinah.

4

Nilaikan kejahilan masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam. [25 M ]

Terengganu

5

Buktikan kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin negara Islam di Madinah. [25 M ]

6

Jelaskan maksud Jahiliah serta huraikan tentang bentuk-bentuk agama dan kepercayaan masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam.

Pahang

7

Jelaskan faktor-faktor serta cara penentangan Quraisy Mekkah terhadap dakwah Nabi Muhammad S.A.W dan huraikan cara baginda menghadapi penentangan itu.

8

Nyatakan faktor-faktor dan kesan-kesan penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W. dari Makkah ke Madinah.

9

Jelaskan peranan golongan Ansar dan Muhajirin dalam perkembangan Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.

Perak

10

Bincangkan sumbangan Khalifah Umar bin Abdul Aziz dalam memperkukuhkan sistem pemerintahan Islam.

11

Huraikan langkah-langkah yang diambil oleh Nabi Muhammad s.a.w dalam mempertahankan negara Islam Madinah.

13

Jelaskan sebab-sebab penentangan terhadap dakwah Rasulullah S.A.W sewaklu berada di Kota Mekah dan nyatakan langkah-langkah yang diambiloleh baginda bagimengatasinya.

Kedah

14

Piagam Madinah merupakan piagam bertulis yang pertama di dunia. Berikan huraian berhubung dengan kandungan dan kepentingan piagam tersebut.

15

Huraikan latar belakang masyarakat Mekah dan Kota Madinah (Yatrib) sebelum kedatangan Islam.

Melaka

16

Huraikan bagaimana Nabi Muhammad s.a.w. menyelesaikan masalah Ummah di Madinah setelah baginda berhijrah ke kota tersebut.

Khamis, Oktober 22, 2009

UBI BERSAIZ BESAR

saiz ubi biasa dan ubi besar

ubi yang dah dipotong dua


Petang tadi masa menggali ubi kayu di belakang rumah, terkejut saya apabila ubi yang dicabut
bersaiz amat besar, panjang kira-kira 1 kaki setengah, berat hampir 5 kg, ukurlilit kira-kira 10 inci (agak-agak aje, tali ukur tak ada), bandingkan dengan ubi biasa yang dah dikopek kulitnya.
lihatlah...kuasa Allah.

Selasa, Oktober 20, 2009

16 September Hari Malaysia cuti umum

TAHNIAH KEPADA KERAJAAN MALAYSIA
ATAS PENGISYTIHARAN 16 SEPTEMBER SETIAP TAHUN
SEBAGAI MENGINGATI PERISTIWA BERSEJARAH ;
PENUBUHAN PERSEKUTUAN MALAYSIA 1963

Moga usaha-usaha yang dirintis oleh Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj bersama-sama pemimpin yang berwawasan diredai oleh Allah.
Sungguh banyak jasa Almarhum Tunku. Idea beliau untuk menggabungkan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Singapura (sebelum dikeluarkan pada 1965) dan Brunei (akhirnya tidak mahu menyertai Malaysia) telah melahirkan sebuah negara Persekutuan yang begitu terkenal hingga ke hari ini.

Genarasi hari ini wajar dan WAJIB belajar SEJARAH...

ALFATIHAH BUAT ALMARHUM TUNKU

Renungan Buat Pelajar T 6 Atas 2009

Kepada pelajar Sejarah saya ;
Anip, Afif, Hasnol, Faizol, Faizal, Shafiee, Boboy,
Afiqah, Akila, Fatin, Farhana, Darina, Farahin, Hasriha, Nisak, Suzana

Renungkan kata-kata cikgu ini;

1. Perjalanan anda 1000 langkah di Tingkatan 6 Rendah dan Atas selama 1 1/2 tahun kini tinggal beberapa langkah sahaja untuk menempuh peperangan STPM.

2. Masa yang begitu singkat untuk kita bersama-sama mengharungi medan pertempuran ilmu.

3. Anda semua telah membuat PILIHAN untuk mengharungi medan ini, maka buktikan bahawa PILHAN anda itu TEPAT DAN BERANI. Maka inilah saatnya anda semua membuktikan kepada diri bahawa anda semua BOLEH melakukan yang terbaik untuk diri anda.

4. Dalam tempoh masa lebih kurang sebulan ini, gunakan segala kudrat dan ilmu yang dipelajari untuk melakukan yang TERBAIK DAN PALING TERBAIK.

5. Anda semua adalah pelajar yang cemerlang kerana telah berjaya hingga ke tahap ini. Anda semua berjaya mengenepikan ajakan-ajakan, pujukkan dan bisikan rakan-rakan untuk tidak memasuki medan pra- u ini.

6. Ayuhhh bangun, bangkitlah anda semua dari tidur lena, leka alpa, mudah menyerah kalah, mudah putus asa, tidak bersemangat dan lain-lain sifat negatif.

7. Andalah sebenarnya yang berhak menentukan kejayaan hasil daripada usaha anda. Andalah yang menentukan jatuh bangunnya masa hadapan anda dengan restu Allah.

8. Ciptalah SEJARAH kejayaan anda yang akan dikenang sepanjang zaman. Cipta REKOD KEJAYAAN untuk anda abadikan dalam pahatan sejarah hidup anda.

9. Ayuh....BANGKIT, BANGUN, SEDARLAH.............CIPTA SEJARAH .....

10. Cikgu sentiasa mendoakan kegemilangan anda..

Isnin, Oktober 19, 2009

GURU-GURU SMK LENGA 2009

Duduk dari kiri ; En.Misbi(GK T&V), Tn. Hj. Saidan (GK S.Sosial), En. A. Rahman (GPK Koko), Pn. Siti Haidah (GPK), Tn. Hj. Abu Bakar (Pengetua), Pn. M.Azlin(GPK Hem), En.Yusoff (GK S.Math), Pn. Junaidah (GK Bahasa), Hj. Kamarazaman (Guru Akademik T6 DG48)

Pengetua dan Guru-guru SMK Lenga, Muar 2009

INGATAN UNTUK PELAJAR SEJARAH

PEPERIKSAAN SPM 2009

AMBILLL PERHATIANNN

SEJARAH 1 ; OBJEKTIF

HARI ; RABU (18 NOVEMBER 2009)
MASA : 11.00 HINGGA 12.00 TENGAHARI


SEJARAH 2 : STRUKTUR DAN ESEI

HARI : KHAMIS (19 NOVEMBER 2009)
MASA : 2.00 HINGGA 4. 30 PETANG


MASA ITU EMAS
MASA ITU UMPAMA PEDANG YANG TAJAM
MASA OHH MASA
TIDAK MENUNGGU SESIAPA
BERLALU DAN TERUS BERLALU
SEMALAM YANG TELAH BERLALU
ESOK YANG BELUM PASTI
MAKA HARI INI DAN SEKARANG
UNTUK KITA BERTINDAK...

Persediaan Menghadapi peperiksaan

Buat renungan semua pelajar,
di saat-saat akhir peperiksaan menjelang,
gunakan masa yang ada dengan membuat perancangan yang betul dan tepat.
Antara tips yang boleh cikgu berikan :

1. Kaji Jadual Peperiksaan sebenar SPM dan STPM 2009
2. Buat perancangan dengan memberikan tumpuan kepada subjek peperiksaan awal.
Contoh ;
SPM : bermula pada 18 November 2009 - Bahasa Melayu 1
- Sejarah 1
- Bahasa Melayu 2

19 November 2009 - Bahasa Inggeris 1
- Bahasa Inggeris 2
- Sejarah 2

3. Minggu Pertama peperiksaan SPM, pelajar wajib memberikan tumpuan kepada subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah.

4. Rujuk semula nota-nota yang telah cikgu berikan. Bagi matapelajaran Sejarah, rujuk semua nota Tudingan SPM 2009, Modul JPNJ 2009

Cikgu yakin belajar di saat-saat akhir sangat penting dengan memfokus kepada teknik menjawab soalan, teknik memahami kehendak soalan dan teknik mengingati nota.

Good Luck

Isnin, Oktober 12, 2009

PEPERIKSAAN MAKIN HAMPIR

BUAT ANAK-ANAK MURID
EXAM SPM DAN STPM MAKIN HAMPIR

SINGKAT TAPI SEMPAT
JIKA RAJIN DAN SELALU BERINGAT
MASA BERLALU BEGITU LIGAT
JANGAN LUPA SENTIASA BERSOLAT
PADA TUHAN POHONKAN HAJAT
IKUT JADUAL NOTA DICATAT
SELANGKAH LAGI CITA-CITA DIANGKAT

Jumaat, Oktober 02, 2009

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PMR

KEPADA SEMUA PELAJAR TINGKATAN 3 SMK LENGA, MUAR
CIKGU MENDOAKAN KEJAYAAN ANDA SEMUA DI DALAM PEPERIKSAAN PMR
YANG AKAN BEMULA PADA MINGGU HADAPAN.

BUAT DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH.
BERDOA SELALU.
MOHON AMPUN DARI IBU BAPA, GURU-GURU.

SELAMAT MAJU JAYA