Translate

Selasa, Oktober 20, 2009

Renungan Buat Pelajar T 6 Atas 2009

Kepada pelajar Sejarah saya ;
Anip, Afif, Hasnol, Faizol, Faizal, Shafiee, Boboy,
Afiqah, Akila, Fatin, Farhana, Darina, Farahin, Hasriha, Nisak, Suzana

Renungkan kata-kata cikgu ini;

1. Perjalanan anda 1000 langkah di Tingkatan 6 Rendah dan Atas selama 1 1/2 tahun kini tinggal beberapa langkah sahaja untuk menempuh peperangan STPM.

2. Masa yang begitu singkat untuk kita bersama-sama mengharungi medan pertempuran ilmu.

3. Anda semua telah membuat PILIHAN untuk mengharungi medan ini, maka buktikan bahawa PILHAN anda itu TEPAT DAN BERANI. Maka inilah saatnya anda semua membuktikan kepada diri bahawa anda semua BOLEH melakukan yang terbaik untuk diri anda.

4. Dalam tempoh masa lebih kurang sebulan ini, gunakan segala kudrat dan ilmu yang dipelajari untuk melakukan yang TERBAIK DAN PALING TERBAIK.

5. Anda semua adalah pelajar yang cemerlang kerana telah berjaya hingga ke tahap ini. Anda semua berjaya mengenepikan ajakan-ajakan, pujukkan dan bisikan rakan-rakan untuk tidak memasuki medan pra- u ini.

6. Ayuhhh bangun, bangkitlah anda semua dari tidur lena, leka alpa, mudah menyerah kalah, mudah putus asa, tidak bersemangat dan lain-lain sifat negatif.

7. Andalah sebenarnya yang berhak menentukan kejayaan hasil daripada usaha anda. Andalah yang menentukan jatuh bangunnya masa hadapan anda dengan restu Allah.

8. Ciptalah SEJARAH kejayaan anda yang akan dikenang sepanjang zaman. Cipta REKOD KEJAYAAN untuk anda abadikan dalam pahatan sejarah hidup anda.

9. Ayuh....BANGKIT, BANGUN, SEDARLAH.............CIPTA SEJARAH .....

10. Cikgu sentiasa mendoakan kegemilangan anda..

2 ulasan:

  1. saya akan cube sahut cabaran cikgu... INSYALLAH..

    BalasPadam
  2. pe2 pUn,kami dh bjaye dh skg! TERIMA KASIH CIKGU!! batch stpm 08/09

    BalasPadam