Translate

Ahad, Ogos 30, 2009

Selamat Menyambut Hari Merdeka

Malam ni tepat jam 12.00, genaplah 52 tahun negara merdeka. Ironinya ia berlaku di dalam bulan penuh keberkatan, bulan Ramadan. Sewajarnya generasi kini merenung kembali sejarah silam melihat, mengkaji, menilai asas-asas ke arah negara mencapai kemerdekaan.
Namun kadang-kadang sedih juga apabila melihat anak-anak murid [generasi masa depan] sangat tidak berminat mempelajari sejarah. Alasan mereka Sejarah tidak komersial, tak boleh buat duit, susah, susahh, susahhhh dan macam-macam lagi alasan. Lagi bertambah sedih hampir 30% pelajar tidak menjawab soalan esei dan struktur bagi Kertas 2 Sejarah SPM sama ada Ujian Bulanan, Penilaian Kurikulum atau Peperiksaan Pertengahan tahun. Alasan mereka mudah.....tak minat, tak keluar apa yang dibaca, malah kalau saya bagi klu soalan yang keluar pun, mereka tak boleh jawab
dengan tepat.
Bagi pelajar PRA U pula, jawapan mereka banyak kepada "teori-teori baru" yang mereka cipta sendiri.
cubalah fikir-fikirkan...

1 ulasan:

  1. Begitulah anak-anak SMK Lenga yang saya kenal. Namun, apabila keputusan diumumkan mereka akan memberikan keputusan yang diluar jangkaan kita. Teruskan usaha cikgu mendidik anak bangsa kita. Jangan putus asa. Semoga segala usaha kita akan mendapat ganjaran daripadaNya.... Amin.

    BalasPadam